INFOMASI PSS

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SMKC

  • SMKC ialah sebuah sekolah di Daerah Setiu, Terengganu Darul Iman
  • PSS SMKC dibuka pada 1 Jun 1997 
  • SMKC berkeluasan 8,387 hektar di Mukim Chalok
  • Terletak di tepi jalan utama 45 km dari Kuala Terengganu dan 18 km dari Bandar Permaisuri

Lokasi PSS
Pelan

Visi Pusat Sumber
Pusat Sumber SMKC Menjana Generasi Pendidikan Terbilang

Misi PSS SMKC 
Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk menawarkan :

  • Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah .
  • Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat
  • Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.
  • Melahirkan insan yang cintakan ilmu dan berakhlak mulia



Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

Matlamat PSS
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. 
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

Objektif PSS
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber
3. Meningkatkan profesionalisme guru
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi dan Peranan PSS 
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber SMKC akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012